Tentang Projek Kami

Mengenali Projek Pembangunan Maahad Tahfiz Imam As Syafie Tuaran

Latar Belakang Projek

Penimbusan tapak Maahad Tahfiz Imam As Syafie Tuaran telah bermula pada 18 Mac 2019 di atas tanah seluas 1.45 ekar di daerah Tuaran, Sabah. Projek ini dimulakan dengan hasrat untuk menyediakan pusat pendidikan tahfiz Al-Quran yang berkualiti tinggi kepada anak-anak Muslim di kawasan ini.

Alhamdulillah, pembinaan masjid telah selesai sepenuhnya dan piling untuk bangunan kelas juga telah siap. Kini, fokus utama kami adalah meneruskan pembinaan bangunan kelas 2 tingkat yang amat diperlukan untuk memulakan operasi pengajaran dan pembelajaran.

Dana pembinaan bangunan kelas ini amat diperlukan sekarang. Dengan sokongan dan sumbangan para dermawan, insyaAllah pembinaan maahad ini dapat diteruskan dan direalisasikan.

Pelan 3D - Pandangan Keseluruhan

Pandangan Keseluruhan

Pelan 3D - Pandangan Hadapan

Pandangan Hadapan

Pelan 3D - Pandangan Sisi

Pandangan Sisi

Permulaan Projek

Majlis Pengerusi dan Ahli Lembaga di Tapak Pembinaan Awal Maahad Tahfiz Imam As Syafie Tuaran

Pengerusi dan yang terlibat telah hadir pada fasa awal penimbusan tapak Maahad Tahfiz Imam As Syafie Tuaran di Kg. Bolong Baru, Tuaran.

Visi, Misi & Motto

Motto Kami

Generasi Rabbani Duniawi Dan Ukhrawi

Visi

"Sebuah institusi pendidikan duniawi dan ukhrawi dalam melahirkan generasi Al-Quran."

Misi

Mendidik dan memberi tarbiyah kepada generasi muda daerah Tuaran. Kompeten dalam semua bidang. Berakhlak, bertaqwa, ikhlas, berilmu dan beramal, berkonsepkan sistem pendidikan integrasi dan holistik untuk dunia dan akhirat.

Jika Siap Nanti, InsyaAllah...

Dengan sokongan dan sumbangan para dermawan, maahad ini dirancang untuk merangkumi kemudahan berikut:

🕌

Masjid

Dibina masjid untuk kegunaan pelajar dan masyarakat setempat.

🏠

Asrama 150+ Pelajar

Menempatkan asrama untuk lebih 150 orang pelajar.

🤲

Golongan Asnaf

Menempatkan pelajar dari golongan asnaf yang memerlukan.

🏫

Kompleks Akademik

Kompleks yang lengkap dengan kelas, perpustakaan, makmal dan rumah guru.

📢

Pusat Dakwah

Menjadi pusat dakwah dan aktiviti untuk masyarakat setempat.

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."

— Hadis Riwayat Bukhari

Infaq Sekarang

Pembayaran selamat melalui ToyyibPay (FPX Online Banking)