07 Mar 2026

Kenyataan Media: Perubahan Facebook Page Rasmi Maahad Tahfiz Imam As Syafie Tuaran

KENYATAAN MEDIA

Setiausaha Maahad Tahfiz Imam As Syafie Tuaran
7 Mac 2026 / 17 Ramadan 1447H

---

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan segala hormatnya, pihak pengurusan Maahad Tahfiz Imam As Syafie Tuaran ingin memaklumkan kepada semua pengikut dan penyokong bahawa Facebook Page rasmi kami yang lama di pautan facebook.com/mtastuaran sudah tidak dapat diakses.

Justeru, kami memohon kepada semua followers untuk beralih dan mengikuti Facebook Page baharu rasmi kami di pautan berikut:

facebook.com/mtiastuaran

Kami juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat komen-komen dan mesej yang tidak sempat atau tidak dapat dibalas sebelum ini. Perkara ini berlaku di luar kawalan kami, dan kami amat menghargai setiap sokongan serta pertanyaan yang diberikan.

Pelancaran Website Rasmi

Pada ketika ini, pihak pengurusan sedang giat membangunkan website rasmi Maahad Tahfiz Imam As Syafie Tuaran. Website ini akan digunakan untuk mengemas kini aktiviti semasa dan perkembangan terkini pembangunan maahad, selain yang ada di Facebook.

Peringatan Penting

Kami juga ingin menegaskan bahawa pihak Maahad Tahfiz Imam As Syafie Tuaran tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mengutip sumbangan tanpa kebenaran rasmi daripada pihak pengurusan. Sekiranya ada pihak yang mendakwa mewakili maahad ini untuk tujuan kutipan sumbangan, sila berhubung terus dengan pihak pengurusan untuk pengesahan.

Hubungi kami melalui:

Sekian, terima kasih atas sokongan dan doa kalian semua. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita bersama.

Wassalam.

Setiausaha
Maahad Tahfiz Imam As Syafie Tuaran

Kongsi:

Infaq Sekarang

Pembayaran selamat melalui ToyyibPay (FPX Online Banking)